Friday, October 14, 2011

Bihun Nam Pla

Bihun Nam Pla

Bahan-Bahan:

1 paket bihun (direndam),

½ cawan isi ayam dipotong kecil,

udang -terpulang banyak mana,

Cendawan( tak kisah apa2 cendawan),

6 biji cili api (ditumbuk)

½-1 biji bawang besar (dipotong bulat2)

1-2 susu besar sos ikan,

1 sudu sos tiram,

sedikit air

sedikit garam,

sedikit kiub pati ayam (ikut citarasa)

Taugeh,

Kobis,

boleh letak rencah lain-daging, sotong,fishball dll.

Cara:

panaskan minyak, masukkan cili api yang ditumbuk, isi ayam, udang,cendawan atau rencah lain dan sedikit air, kacau rata-rata dan masukkan sos ikan, sos tiram, garam, dan kiub pati ayam kacau hingga sebati baru masukkan bawang besar tadi. Tambah lagi sedikit air supaya bihun kelihatan basah atau lembab.Kemudian masukkan taugeh dan kobis, kacau lagi jika bihun kering tambah air.


Enak dihidangkan bersama cili jeruk. Manakala daun sup, daun bawang sebagai hiasan

Saturday, August 27, 2011

JM2U-Fuel Booster Plus

Dengan hanya RM10 sebotol JM2U-Fuel Booster Plus anda boleh berjimat sehingga 50%..dari jumlah budget minyak anda!!

Harga petrol yang kian meningkat adalah sangat membebankan anda untuk ke mana jua destanasi. Namun dengan produk JM2U-Fuel Booster Plus yang berharga hanya RM10 sebotol ( 20ml ) dan cuma perlu dicampurkan dengan bahan bakar (petrol/diesel) anda berjaya menjimatkannya sehingga 50%. Jangan khuatir, ia dijamin tidak akan memudaratkan enjin kenderaan anda!

Disyorkan dan DIUJI oleh

SIRIM (Malaysia), TUV Cert Rheinland (German), NOVO Enviromental Tech (Singapore), HUNAN Transport (China) dan EURO4 Std (EU).

Kelebihan Produk

Antara fungsi-fungsi utama JM2U-Fuel Booster Plus.

  1. Meningkatkan kuasa dan prestasi enjin.
  2. Membersihkan struktur dalaman enjin dan bilik pembakaran api.
  3. Meneutralkan keasidan bahan api, kikisan struktur enjin dikurangkan.
  4. Mengurangkan geseran, mengelakan kepanasan yang keterlaluan.
  5. Enjin lebih sejuk dan senyap.
  6. Kurangkan kos penyelenggaraan enjin.
  7. Memanjangkan jangka hayat enjin sehingga bertahun- tahun lamanya.
  8. Membersihkan injector, spark plug, karburator, master pam dan sistem penghantaran minyak.
  9. Melicinkan perjalanan piston kenderaan.
  10. Membersihkan permukaan piston.
  11. Melewatkan penukaran minyak enjin sehingga 2000 km.
  12. Lebih senang menghidupkan enjin di waktu pagi.
  13. Mengurangkan penghasilan asap toksid sehingga 98 % untuk kenderaan diesel.

Kelebihan-kelebihan lain JM2U-Fuel Booster Plus

  • Meningkatkan kuasa bahan api kepada Standard EURO 4,membersih laluan petrol & diesel.
  • Menyelesaikan masalah asap hitam, asap biru dan hijau dan mengurangkan pembebasan gas bertoksik.
  • Selain dari itu, botol JM2U-Fuel Booster Plus yang bersaiz kecil menjadikan ianya mudah dibawa ke mana-mana dan kita tidak merasa malu ketika mengisinya. Anda juga merasa lebih mudah memperkenalkan produk ini kepada orang lain.

Prinsip fungsi utama JM2U-Fuel Booster Plus

Kandungan oksigen dalam campuran petrol memainkan peranan utama untuk kebolehan pembakaran enjin. Selepas JM2U-Fuel Booster Plus di tambah ke dalam tangki petrol mengikut kadar yang sesuai, molekul minyak dalam tangki petrol akan mengeluarkan ion penguraian dan menyusun molekul minyak dengan sama rata sekali, mengukuh struktur antara molekul-molekul minyak, meningkatkan kawasan permukaan molekul minyak yang berhubung dengan oksigen, kandungan asid lemak tak tepu dalam minyak kelapa sawit meningkatkan kandungan oksigen dalam bahan api dan melengkapkan pembakaran bahan api sehingga 98%, meningkatkan kekuatan enjin.

Kesan peningkatan kuasa enjin oleh JM2U-Fuel Booster Plus dapat di rasai selepas perjalanan beberapa kilometer yang pertama penggunaan minyak ini. Selain itu JM2U-FuelBooster plus fuel booster juga berkesan untuk menguraikan enapan karbon yang di hasilkan oleh pembakaran bahan api tidak lengkap menjadikan bahagian pendalaman enjin lebih bersih, palam pencucuh lebih tahan lama dan seterusnya memanjangkan hayat minyak enjin.

Kesan-kesan penggunaan JM2U-Fuel Booster Plus

  1. Selepas penggunaan 3~4 kali, maka kegunaan petrol akan di kurangkan secara beransur-ansur. Kebanyakan kenderaan dapat merasai peningkatan kekuatan dan pengurangan pencemaran bunyi pada kali pertama mengguna JM2U-Fuel Booster Plus. Kadar penjimatan bergantung kepada kuasa enjin kenderaan, cara memandu,keadaan jalan,cuaca dan lain-lain.
  2. JM2U-Fuel Booster Plus mampu membersihkan struktur dalaman enjin dan menguraikan enapan dalam ruang pembakaran. Pada permulaan penggunaan JM2U-Fuel Booster Plus enjin mengalami gegaran dan berbunyi.ini kerana produk ini telah meguraikan enapan pada permukaan enjin yang sebenarnya kasar. Dengan meneruskan penggunaan JM2U-Fuel Booster Plus keadaan ini dapat di selesaikan kerana ia bertindak sebagai pelinciran, penimbalan, mengurangkan gegaran, tekanan hidraulik, adangan dan merendahkan suhu dalam ruang pembakaran dan secara tidak langsung mengurangkan pembaziran bahan api.
  3. Selepas penggunaan JM2U-Fuel Booster Plus, gas yang di bebaskan ekzos akan menjadi lebih bersih dan tidak berbau. Lama-kelamaan ekzos akan mengeluarkan titisan air dan ini menunjukkan bahawa JM2U-Fuel Booster Plus telah meningkatkan standard bahan api kepada Euro 4 dan pembakaran bahan api yang lengkap

PERHATIAN!

Sila ambil perhatian perkara-perkara di bawah sebelum anda menggunakan JM2U-Fuel Booster Plus:

1. Valve mengalami kebocoran.

2. Minyak pelincir (minyak hitam) yang lama tidak di tukar.

3. Spark plug lama tidak di ganti.

4. Termostat tidak berfungsi dengan baik.

*Perkara di atas adalah pesanan dari pihak pengeluar produk, JM2U-Fuel Booster Plus mungkin kurang efektif sekiranya perkara di atas tidak di ganti atau di tukar.

Untuk dapatkannya hubungi:

ABDUL HALIM YAACOB (Tel: 019-4177317)

182, TAMAN PURNAMA 2

PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID

ALOR SETAR, KEDAH.

Layari: www.jimatminyak2u.com

Wednesday, April 13, 2011


Seperti biasa, setiap pagi berjalan selama sekitar 30 atau 40 minit di hadapan ruma sehingga badan bermandi peluh dan baju menjadi basah.

Pagi tadi 13.4.2011 bejumpa reptilia entah kura-kura dari spesis apa. Cengkerangnya kekuningan manakala kepala dan anggota badannya yang dapat dilihat terdapat jalur-jalur berwarna hijau. Bahagian telinganya berwarna merah. Rupa fizikalnya seperti ‘tuntung’ yang terdapat di Sungai Perak juga terdapat di Bukit Pinang 14km dari bandar Alor Setar. Tapi aku yakin itu bukan tuntung kerana bentuknya bujur. Namun begitu ia berbeza benar dengan kura-kura yang pernah dilihat semasa aku tinggal di kampung dalam daerah Baling dalam tahun 1960-an sehingga awal 1970-an dahulu.

Reptilia tersebut sedang bermain-main dengan seekor kucing. Merasa tertarik dengan reptilia tersebut, lalu dibawa pulang untuk diambil foto.

Daripada kelakuannya didapati reptilia tersebut di dapati cerdik dan berusaha untuk melarikan diri. Agak sukar juga hendak menterbalikkannya kerana dia akan berusaha menahannya dengan kaki bila dirasakan badannya senget sewaktu kita hendak menterbalikkannya.