Baru-baru ini ketika menghadiri majlis membaca Yasin seorang jiran yang menaiki rumah baru, penulis berkesempatan berbual dengan seorang kawan.
Ada 2 perkara menarik di sepanjang perbualan tersebut.
Pertama, peristiwa yang berlangsung ketika majlis angkat sumpah Menteri Besar Kedah yang baru, YAB Ustaz Azizan Abdul Razak. Dikatakan bahawa isterinya yang juga hadir bertutur menggunakan bahasa Inggeris ketika dengan beliau. Hal ini turut mengagumkan kalangan wakil rakyat BN yang antaranya pernah menjadi Exco sebelum ini. Sudah tentu secara tidak langsung memadamkan anggapan mereka sebelum ini bahawa kalangan orang-orang PAS hanya tahu bertutur dalam bahasa Arab dan hal ehwal berkaitan dengan Islam sahaja. Manakala ada di antara Exco BN ketika Kedah dikuasai oleh mereka dahulu, SPM pun tidak lulus.
Penulis teringat kepada perbualan dengan seorang rakan sebelum ini yang pernah berkata dengan nada agak sinis bahawa selama ini UMNO tidak pernah membuka pintu agar golongan profesional dan mereka yang terpelajar menyertainya. Ini membuatkan mereka menyertai PAS yang sentiasa membuka pintu seluas-luasnya kepada mereka serta sangat mengalu-alukan penyertaan golongan tersebut. Hal ini juga dipersetujui oleh kenalan lama penulis ketika bersua dengannya di sebuah restoran itu.
Kedua yang tidak kurang menariknya ialah berkaitan dengan banglo yang dibina oleh bekas Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid berharga RM 4 juta. Katanya pekerja yang menukanginya bekerja hingga larut malam dan mungkin sehingga menjelang dinihari. Penulis teringat berita dalam sebuah akhbar arus perdana berkaitan bekas Exco Selangor juga ada membina 10 buah banglo berharga RM 40 juta, tetapi bekas MB BN Selangor berkata harganya ialah RM 21 juta sahaja. Penulis juga teringat dengan berita bahawa fail-fail di Pejabat MB Kedah ghaib.
Penulis lantas mecari maklumat berkaitan dengan tarikh perlantikan beliau sebagai MB. Alhamdulillah, ada iaitu pada 28 Disember 2005. Ertinya dia jadi MB sehingga Parlimen dan DUN dibubarkan tidak sampai satu penggal. Ketika berbual dengan kenalan lama yang ditemui di restoran itu, beliau menjelaskan perkara itu tidak menghairankan kerana katanya kawannya seorang doktor yang membuka klinik persendiarian berupaya membina banglo kalau tidak silap berharga RM 10 juta.
Bagaimanapun dia bersetuju jika disiasat siapa yang membiayai pembinaan rumah bekas MB itu. Barangkali dia terkesan bahawa tempoh bekas MB BN itu begitu singkat berbanding dengan kawanya doktor tadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment