Wednesday, March 12, 2008

MESEJ PRU 12

Menjelang tarikh Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU 12) pada 8 Mac 2008 terdapat beberapa kisah yang penulis dengar antaranya dibutirkan untuk renungan seperti berikut:


1. Seorang kawan melahirkan rasa bimbang kalau-kalau rakyat akan menerima nasib seperti yang sedang berlaku di Palestin.


2. Seorang wanita mencebik bibir bila diberitahu bahawa ada penyokong parti pembangkang bersembahyang hajat agar parti yang mereka sokong itu beroleh kemenangan. Katanya “Nak minta apa? Dalam kempen mereka penuh dengan maki hamun.” Apakah ini provokasi bertujuan agar pembangkang dibenci.


3. Seorang calon berketurunan India dilempar kasut dan disuruh menghentikan ucapan oleh kalangan pendengar yang majoritinya juga berketurunan India.

4. Pengundi berketurunan India juga telah bekerja untuk membantu calon pembangkang berketurunan Melayu lalu penulis tertanya-tanya siapakah yang menyempitkan pemikiran dengan menabur cerita bahawa parti pembangkang yang bersikap perkauman. Benar kita telah dicalar peritiwa pahit 13 Mei 1969, tapi ketika itu kita masih belum matang – usia kemerdekaan baru masuk 12 tahun. Kini kita telah matang masakan fahaman sedemikian masih berakar?


Selepas PRU 12 juga ada cerita yang boleh dijadikan titik menungan antaranya seperti berikut:

1. Seorang penyokong parti pemerintah melahirkan rasa sedih atas kekalahan seorang menteri yang tewas di tangan calon yang terlalu muda. Selain itu beliau juga terkesan bibit-bibit perpecahan di kalangan anggota parti di tempatnya yang memberi sokongan secara terbuka kepada calon parti pembangkang.


2. Ada maklumat berkaitan dengan kegiatan mantan Menteri Besar Kedah yang kerap pergi ke luar negeri. Beliau juga dikatakan pernah berkata kepada sahabat-sahabatnya bahawa nak ambil sebarang peluang/kesempatan pun ketika dia masih berada di ataslah.


3. Akhbar arus perdana pula ada melaporkan bahawa ada pihak tertentu mengarahkan supaya Tabika Kemas di beberapa tempat di Kedah dikosongkan. Sebaliknya Menteri Besar Kedah yang baru dikatakan tidak pernah mengeluarkan arahan supaya Tabika Kemas di Kedah dikosongkan.


4. Berita kejatuhan harga saham juga menggambarkan bahawa kisah ekonomi kian pulih adalah bertujuan mengaburi mata rakyat.



Jika diteliti, ketiga-tiga negeri di utara yang jatuh kepada pakatan parti pembangkang ialah lokasi Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER) yang dirancang akan dilaksanakan. Keputusan PRU 12 memberi mesej bahawa rakyat/pengundi tidak bersetuju sama sekali rancangan tersebut diteruskan.

No comments: