PIL PENENANG MUQABALAH!
Pas pastinya tidak mahu mengulangi sejarah disingkir daripada BN seperti yang dilakukan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sebarang pakatan dengan Umno dan BN pastinya dengan syarat yang ketat dan daripada kedudukan yang kuat.Lagipun, kalau Abdullah dengan bantuan kabinetnya gagal menamatkan “pemberontakan Mercedes” oleh kerajaan “renegade” Ahmad Said di Terangganu, apakah harapan dia melakukan “checkmate” terhadap Pas melalui muqabalah dengan tokoh-tokoh parti itu?Anekdot: Bekas Ketua Pemuda PKR dan “returnee” terbaru Umno, Ezam Mohd Nor, dilaporkan bersedia mencabar bekas mentornya, Anwar, dalam pilihan raya kecil jika dicalonkan. Bagaimanapun, dia mengaku bahawa harapannya menang adalah tipis memandangkan faktor politik dan ekonomi semasa.
(Dipetik daripada http://kadirjasin.blogspot.com)
Penulis begitu tertarik dengan ulasan Dato A Kadir Jasin seperti yang disiarkkan dalam blognya sebagaimana petikan di atas.

Mutakhir ini kelihatan Abdullah begitu terancam apabila MB Terengganu, Ahmad Said yang telah membelanjakan wang dengan begitu banyak ketika rakyat sedang sesak nafas berikutan kenaikan harga barang akibat kenaikan bahan bakar.
Sebelum ini juga beliau pernah melahirkan kebimbangan bahawa kerajaan mungkin tumbang andainya harga barang meningkat. Tetapi beliau juga mengamalkan sifat munafik bila menaikkan harga petrol dan diesel.
Sebelumnya dalam blognya Kadir juga turut menceritakan tentang kemarahan bapanya, Haji Jasin bin Haji Tahir yang merupakan penyokong kuat UMNO sejak dahulu berkaitan tindakan tersebut dengan mengatakan mereka tukar kereta, sedang penderitaan rakyat begitu terserlah kerana nak beli ikan temenung (ikan kembung) pun susah. Adik beliau yang menyokong PAS dan merupakan sahabat baik Allahyarham Ustaz Fadzil Noor turut member ulasan berkaitan perkara tersebut (sila baca blog beliau).
Rakyat juga resah dan berasa lucu bila ada menteri buat kenyataan bahawa kenaikan tambang kenderaan tidak akan membebankan rakyat kerana mereka tidak pernah menaiki kenderaan awam. Jika mereka berbuat demikian, pengusaha kenderaan awam terbabit tentulah akan memberikan khidmat percuma!
Sebenarnya ungkapan kenaikan yang dikatakan “tidak akan membebankan rakyat” itu sudah berkali-kali diperkatakan.
Gabenor Bank Negara pernah buat kenyataan bahawa inflasi telah meningkat pada kadar 7% berikutan dengan kenaikan harga minyak (bahan bakar).
Namun nada retorik yang melucukan, dikatakan ekonomi meningkat.
Sebaliknya yang meningkat ialah jenayah. Puncanya apa?
Tentulah suasana kehidupan mencekik, pengangguran meningkat.
Anehnya pihak polis rata-rata menganggap jenayah masih terkawal dan dikatakan ia adalah kes terpencil.
Sedangkan kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim pula yang diheboh-hebohkan oleh media sama ada dalam negara atau di peringkat antarabangsa. Penemuan bukti bahawa pemuda yang buat laporan polis, Saiful Bukhari Azlan disahkan tidak diliwat menjadikan Abdullah dan kuncu-kuncunya gelabah tetapi tidak dizahirkan baik dengan apa cara sekalipun.
Bagaimanapun, perubahan dapat dilihat kepada body language beberapa orang kenamaan yang dapat dilihat antaranya:
- Tidak terlihat senyuman diwajah berbanding dengan ketika sebelum Pilihanraya Umum 12 (PRU12).
- Layanan terhadap media – ketika sebelum PRU 12 dahulu apabila pihak media bertanya mereka bersuara kasar dan seolah-olah tidak faham soalan.
- Gelagat mereka yang dahulunya melayan parti lawan seperti penjenayah kini terlihat lunak dan begitu berhemah.
Keadaan tidak popular yang sedang dialami oleh Barisan Nasional khususnya UMNO yang merupakan tunjangnya semakin terdesak.
Bagi menenangkan keadaan, UMNO terpaksa mencari pil penenang yang bernama MUQABALAH.
NAMUN SEPERTI KATA DATO A KADIR JASIN, PAS TENTU TIDAK AKAN MELUPAKAN TINDAKAN BIADAP TERHADAPNYA PADA TAHUN 1977 DULU.
PELANDUK TIDAK AKAN MELUPAKAN JERAT!
No comments:
Post a Comment