Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) menterjemahkan mesej berkaitan selera rakyat yang ingin melihat perubahan setelah 50 tahun negara mencapai kemerdekaan dan terus berada di bawah teraju Barisan Nasional (BN) yang sebelumnya denamakan sebagai Perikatan.
Keputusan yang sama sekali di luar jangkaan itu memadamkan keangkuhan sesetengah calon-calon berpengaruh yang begitu lantang menyerang calon-calon pembangkang dengan pelbagai slogan yang kadang-kadang berbau penghinaan dan tidak kurang juga perencah fitnah.
Bagaimanapun dua negeri di utara iaitu Pulau Pinang dan Kedah jatuh ke tangan pembangkang, sementara Kelantan yang dikatakan akan dirampas oleh BN dari PAS terus dapat dipertahankan. Malah di bawah pimpinan Mursyidul Am PAS, calon-calon pembangkang telah memperoleh kemenangan yang begitu besar di samping peningkatan majoriti berbanding PRU11 pada tahun 2004.
Perak dan Selangor juga gagal mempertahankan penguasaan BN bila pakatan pembangkang berjaya mengatasi BN yang juga di luar jangka.
Berbagai faktor menyumbang ke arah kemerosotan undi bagi pihak BN antaranya melibatkan kecundangnya tokoh-tokoh berwibawa seperti Datuk S. Samy Vellu dan Tan Sri Koh Tsu Koon, kedua-duanya adalah Presiden MIC dan Pemangku Presidan Gerakan yang merupakan parti komponen BN.
Juga tiada siapa menyangka Datuk Shahrizat Abdul Jalil tewas di tangan Nurul Izzah, anak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kawasan Parlimen Lembah Pantai.
Keputusan tersebut mengajak BN khususnya UMNO bermuhasabah kerana didapati berlaku pergolakan yang hebat kerana kini penglibatan dalam perjuangan politik juga turut menjanjikan ganjaran yang lumayan. Sedangkan petugas di peringkat akar umbi bertungkus lumus tanpa mengira hujan atau panas agar para penerajunya beroleh kedudukan yang selesa.
Mereka itu sewajarnya jangan berfikir bahawa masyarakat bawahan tidak berfikir berkenaan beberapa perkara seperti pemberian biasiswa, peluang pekerjaan, peluang niaga dan sebagainya. Agak menguntungkan ialah rakyat Malaysia rata-ratanya masih berhemah dalam ertikata tidak sampai hati untuk bangun memberontak! Jika ada yang bertidak agresif pula akan diberkas lalu ditahan di bawah ISA.
Untuk memahami mesej tersebut ada baiknya direnung fakta berikut:
Dalam sejarah, tercatat Perikatan/BN menang 74 daripada 104 kerusi Parlimen atau 71 peratus pada 1959, 85 peratus (1964), 51 peratus (1969), 87 peratus (1974), 84 peratus (1978), 85 peratus (1982), 83 peratus (1986), 70 peratus (1990), 84 peratus (1995), 76 peratus (1999) dan 90 peratus (2004).
No comments:
Post a Comment