Sunday, April 20, 2008

ABDULLAH DAN KHAIRY TIDAK LAGI DIPERLUKAN DALAM UMNO?

Apakah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kini makin lemah?
Persoalan begini sudah tidak asing lagi. Ramai yang memperkatakannya. Hampir saban waktu pula. Apa lagi jika melihat kepada barisan kabinet. Terbaru ialah perlantikan salah seorang Exco Kerajaan Negeri (Wanita) sebagai Senator untuk menduduki kerusi Menteri Kabinet. Bukannya tidak ada Ahli Parlimen Wanita yang jika diperlukan untuk dilantik sebagai menteri. Namun hal ini memeningkan berbagai pihak!
Adakah ini campurtangan menantunya yang mempunyai agenda untuk Malaysia? Persoalan sedemikian sering diperkatakan juga.
Adalah amat dibimbangi akan ada nanti yang akan memasang poster atau apa saja yang berbunyi: SAY NO TO UMNO!
Sebelum hal ini wujud, eloklah difikirkan. Petikan Harakahdaily seperti di bawah adalah satu peringatan atau amaran.
'Mood' ahli-ahli Umno terhadap kepimpinanya (Abdullah) sudah tiada. Mereka menyampaikan mesej secara terbuka bahawa mereka tidak mahu Abdullah menerajui parti.
Begitu juga untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda, walaupun sebelum ini Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan hasratnya bertanding bergantung kepada kehendak akar umbi.
Maka akar umbi dalam Umno hari ini secara jelas bukan sahaja menolak Abdullah, malah meletakkan 'kesalahan besar' yang mempengaruhi kepimpinannya kepada Khairy.
Walaupun Abdullah beberapa kali menafikan apa yang disifatkan 'gangguan' Khairy terhadap keputusannya, dalam parti dan kerajaan, akar umbi Umno tetap tidak menerima mereka berdua.
Maka barangkali sudah sampai masanya kepada Khairy untuk tidak perlu lagi memikirkan masa depan politik beliau. Fikirlah soal perniagaan atau menyambung pelajaran atau sebagainya. Masa depan politiknya sudah gelap.
Mesej yang disampaikan cukup jelas kedua-dua mertua dan menantu ini, tidak lagi diperlukan dalam Umno.

No comments: