Tuesday, April 8, 2008

MELAYU MUDAH LUPA - ANTOLOGI PUISI

7 April 2008 - Penulis telah dihubungi oleh pihak akhbar Siasah bertanyakan di mana boleh dapat antologi MELAYU MUDAH LUPA seperti ulasan saya dalam akhbar Siasah 6 - 12 April, bilangan 0092. Khabarnya ada banyak orang bertanya di mana boleh dapat buku berkenaan. Penulis membelinya di sebuah kedai menjual akhbar di Alor Setar beberapa minggu sebelum tibanya tarikh Pilihanraya Umum Ke-12 lalu.

Nombor telefonnya tidak terdapat pada naskhah kecuali alamat e-mail : pjbc_kj@yahoo.com

Alamat penerbitnya : Putrajaya Bumi Communications Sdn Bhd, 210-Block D Aras 2, Kelana Business Centre, Jalan 7/26, Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Penulis pada hari yang sama juga menghubungi seorang sahabat yang ketika itu berada di Kuala Lumpur. Beliau memaklumkan bahawa Ketua Satu Angkatan Sasterawan Nasional Negeri Kedah (ASASI), Sdr. Shaidun Hj Shaari bermaksud meletakkan jawatan kerana tidak sehaluan dengan Exco Kerajaan Negeri Kedah yang kini dikuasai oleh PAS. Beliau khabarnya adalah salah seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Setar. Penulis fikir-fikir tidak menjadi kesalahan jika beliau terus menerjui ASASI kerana organisasi penulis tersebut bukan diwujudkan oleh UMNO atau mana-mana organisasi politik yang sah. Manakala ahli-ahlinya juga menganut ideologi politik yang berbagai. SN Shahnon Ahmad adalah Ketua Satu yang pertama dan pengasasnya itu pernah jadi Ahli Parlimen atas tiket PAS. Manakala novelis tersohor, Azizi Haji Abdullah pernah bertanding pilihanraya atas tiket PAS kemudian pernah jadi Penasihat ASASI.

Entahlah. Malas penulis nak fikir panjang-panjang berkenaan perkara ini.

Bagimanapun penulis berpendapat sangat elok jika ada pihak-pihak tertentu mengambil inisiatif mengadakan acara baca puisi MELAYU MUDAH LUPA yang bakal dipenuhi oleh penyampaian/deklamasi sajak-sajak yang termuat dalam antologi ini yang berjumlah 75 buah semunya itu.

No comments: