Tuesday, May 13, 2008

TERTARIK DENGAN CERITA TANAH RANCANGAN

Saya tertarik dengan tajuk TANAH RANCANGAN BELIA DI JOHOR- EKSPLOITASI DI TANGAN PIMPINAN MELAYU yang memperlihatkan betapa bobroknya kerajaan yang kononnya ditegakkan untuk membela ugama, bangsa dan tanah air.

Peneroka berkenaan khabarnya telah membawa bawa rayuan itu dalam perbincangan 'Kongres Permuafakatan Melayu’ (anjuran GAPENA).

Lucu juga kisah ini kerana GAPENA sendiri gagal menyuarakan isu bahasa Melayu yang diperlekehkan oleh para pemimpin Malaysia berketurunan Melayu sendiri.

Pimpinan GAPENA, iaitu tidak lain dari Ketua Satu, Tan Sri Ismail Husain sebelum ini dikhabarkan pernah mengeluh bahawa tiada pemimpin negara yang mahu dengar apa-apa saranan pihaknya berkaitan dengan penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik.

Tan Sri Ismail adalah anak Kedah kelahiran Yan yang kini dikuasai oleh PAS manakala Ketua Satu ASASI, Shaidun Haji Shaari, iaitu badan kerabat GAPENA juga kelahiran Yan. Manakala Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak juga adalah ADUN Yan.

Seperkara lagi yang patut diketahui oleh warga Kedah terutamanya Yan dipercayai sebagai lokasi pengajian agama (pondok) yang terawal di Kedah.

Dalam pada itu pelu juga diketahui bahawa drama berjudul 'HUJAN GERIMIS' karya dan arahan Affrini Adham (Allahyarham) pertama kali dipentaskan selama beberapa malam di Yan oleh Kaum Ibu UMNO pada 1954 bagi tujuan mengumpul dana pilihanraya pertama sebelum di pentaskan di Alor Setar pada tahun yang sama.

Ia mengisahkan perjuangan bagi menuntut kemerdekaan dan kemudahan asas dengan diakhiri dengan cukup menyayat hati dan sewajarnya menjadi renungan generasi kini.

No comments: