Wednesday, July 30, 2008

KELAB PENYOKONG PAS

KELAB PENYOKONG PAS.

DAHULUNYA tidak pernah didengar kewujudan Kelab Penykong Pas seperti yang sedang berkembang pertumbuhannya dengan begitu pesat kebelakangan ini.
Perkembangan ini sudah tentulah amat mencemaskan BN khusunya UMNO yang kini sedang dilanda kemelut menyebabkan wujud suasana yang tidak menentu kerana krisis dalaman yang menyulitkan.


Lalu diciptakan berbagai strategi bertujuan mengalihkan pandangan umum termasuk kalangan blogers yang pernah dinamakan sebagai goblok oleh salah seorang calon Pilihanraya Umum 12 (PRU12) yang akhirnya kecundang.

Beliau yang berkuasa ke atas media resmi iaitu RTM telah menggunakannya sehingga menimbulkan rasa meluat orang ramai untuk menyaksikan apa jua bentuk propaganda kecuali rancanagan-rancangan berbentuk hiburan.

Menteri Besar Kedah, Dato Seri Azizan Abdul Razak beberapa waktu selepas membentuk Kerajaan Negeri Kedah dahulu pernah berkata media elektronik konvensional berkenaan dilihat sebagai tidak menarik lagi.

“Golongan muda terutamanya lebih tertarik kepada blog berbanding dengan media elektronik sedia ada yang saban waktu sentiasa dipenuhi dengan propaganda,” katanya.
Kebelakangan ini terdapat kenyataan bahawa sebilangan laman blog adalah ‘jahat’ kerana bersifat penentang kerajaan.

Pertumbuhan pesat Kelab Penyokong Pas akhir-akhir ini ternyata menggusarkan UMNO dan BN.

Penajanya sebilangan besar adalah kalangan berketurunan Cina. Sudah tentulah ini turut menggusarkan rakan UMNO dalam BN yang terdiri dari kaum Cina. Manakala MIC yang merupakan parti komponen kaum India kini dilihat sudah tumpul taringnya setelah Presidennya tumbang pada PRU12 tetapi masih liat untuk berundur dari partinya.

Ada sedikit kenyataan lucu Presiden MIC ini menjelang PRU12 dahulu yang dengan lantang
mengatakan DAP sudah mati. Namun realitinya dia yang hilang penyokong dalam PRU12 dan kini dilihat hilang akal pula bila dia asyik menuding jari kepada rakan-rakan dalam BN adalah di antara faktor kekalahannya.

Bukan mustahil dalam sedikit masa lagi akan wujud Kelab Penyokong Pakatan Rakyat pula dan sudah tentulah ia akan dilabel sebagai pertubuhan haram. Persoalannya adakah ia membahayakan?

Sudah tentulah rakyat akan menilainya kerana dalam peristiwa di Batu Burok, Terengganu sebelum PRU12 dahulu tiada senjata digunakan oleh orang awam kecuali penggunaan peluru hidup oleh anggota polis yang hampir meragut nyawa manusia.

Khabarnya hingga kini kes tersebut masih belum selesai.

No comments: