Friday, August 29, 2008

ADAKAH BN AKAN TUKAR JENAMA?

Kita masih mahu bercakap dari hal UMNO biarpun dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh itu sebenarnya atas nama Barisan Nasional (BN).
Parti-parti komponen BN tentulah merasa kecil hati kerana penglibatan mereka tidak disebut. Pada hal mereka juga menyumbang tenaga.
Pada sisi lain, cuba kita renungkan sejarah. Dalam Pilihanraya Umum 1969 (PRU69) terlihat tanda-tanda bahawa Perikatan yang merupakan gabungan UMMO, MCA dan MIC juga semakin ditolak rakyat atas sebab adanya elemen perkauman.
Peristiwa 13 Mei yang turut memberi kesempatan Parti Komunis Malaya (PKM) memainkan peranan sama ada menerusi propaganda menerusi corong radio (Suara Revolusi Malaya) atau perjuangan bersenjata.
Kebijaksanaan Allahyarham Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri menjenamakan Perikatan sebagai BN dengan menggabungkan beberapa buah parti termasuk PAS kemudian dapat mengukuhkan kembali UMNO yang menjadi tulang belakang BN.
Setelah kedudukan BN stabil, PAS tiba-tiba disingkir. Tetapi apabila Dato Seri Anwar Ibrahim berada di barisan kabinet, BN dilihat begitu cemerlang. Bila beliau yang pada masa itu adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, disingkirkan BN terpaksa berpura-pura hebat sekalipun Terengganu terlepas dalam Pilihanraya Umum 1999.
Dalam Pilihanraya Umum 11 (PRU11) 2004 BN berjaya meraih kemenangan besar dan hal ini meyakinkan ia bakal melakar kemenangan besar juga dalam Pilihanraya Umum 12 kelak dan khabarnya begitu angkuh menolak bila PAS mencadangkan agar mereka bermuzakarah.
Hampir semua perancangan PAS hendak disekat. Tapi Allah Maha Kaya dan Maha berkuasa lalu berlaku apa yang disebut 'tsunami politik'. Empat buah negeri terlepas kepada pembangkang yang dinamakan sebagai Pakatan Rakyat (PR) disamping dapat kegagalannya merampas Kelantan yang sudah 18 tahun dikuasai PAS.
Sewaktu Allahyarham Tun Husin Onn jadi Perdana Menteri dahulu khabarnya beliau hampir-hampir mengharamkan Angkatan Belia Islam (ABIM). Ketika Tun Mahathir jadi Perdana Menteri, kalau tak silap ada ura-ura nak mansuhkan sebutan Islam pada nama parti politik, tetapi tidak dapat direalitikan.
Bagaimanapun terdapat hal lain yang jadi 'kosmetik' terhadap anti-Islam. Tak perlulah disebutkan hal ini tetapi cuba renungkan.
Akhir kata kita ingin bertanya: Adakah BN akan tukar jenama lagi?

No comments: