Friday, August 8, 2008

KERISAUAN RASULULLAH SAW

CUBA fikirkan kerisauan yang pernah Rasulullah saw luahkan yang lebih kurang maksudnya begini:

Di antara yang sangat kukhuatiri berlaku ke atas umatku ialah amalan yang kelak boleh menyebabkan mereka terjerumus sebagai orang munafik; apabila berjanji, ia mungkir, apabila diamanahkan, ia khianat, apabila berkata-kata ia dusta dan apabila berbalah, ia akan melampaui batas. Jika kesemua itu menjadi amalannya, maka jadilah ia munafik sejati sehingga ditinggalkan kesemuanya. Dan jika dia masih mengamalkan salah satu daripada sifat-sifat itu, maka jadilah dia seorang yang memiliki sebahagian sifat orang munafik.
Masihkah tuan-tuan dan puan-puan ingat kenyataan berhubung harga minyak tempoh hari? Dikatakan penstrukturan semula akan dibuat pada bulan Ogos 2008. Tetapi pada awal bulan Jun 2008, harga minyak meningkat dengan mendadak dan pengumuman secara melulu itu menyebabkan pemilik kenderaan menyerbu stesen-stesen minyak sebelum masuk waktu maghrib dan amat menyedihkan kalangan umat Islam terlepas menunaikan solat maghrib.
Sebelum itu, iaitu menjelang Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12), Perdana Menteri ketika wakil media bertanya mengenai pembubaran parlimen, dengan tegas dan bersahaja beliau menafikannya. Begitu juga pada keesokan harinya iaitu beberapa jam sebelum pengumumannya dibuat, Perdana Menteri masih menafikannya. Jika bukan berdusta apa hendak dinamakan pula. Oh, barangkali itu adalah salah satu Rukun Islam Hadhari yang kini sedang dikembangkan. Berfikirlah wahai rakyat Malaysia terutama yang mengaku Islam dan bakal meraikan ulangtahun kemerdekaan yang ke-51 penghujung Ogos 2008 jika dizinkan Allah.

No comments: