Friday, August 1, 2008

SIAPA BERBOHONG?

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menyifatkan ancaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih teraju kepemimpinan negara sebagai satu pembohongan.

Semua media termasuk akhbar dalam talian melaporkan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersedia untuk bertanding dalam pilihanraya kecil bagi kerusi parlimen Permatang Pauh , ia dikosongkan berikutan perletakan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh.Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga adalah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kenyataan Abdullah ini sudah tentulah menggelikan hati rakyat jika dihubungkan dengan kenyataan beliau sebelum Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) dahulu berkaitan isu kenaikan harga minyak yang turut mempenagruhi harga barang.
Sudah tentulah kenyataan orang nombor satu negara itu memperlihatkan betapa dia sudah lupa dengan banyak hal kerana dia masih lena dan hadiah bantal dan bantal peluk kepadanya dahulu adalah amat wajar.
Sudah tentulah ramai rakyat masih ingat dengan jelas bahawa kenaikan harga minyak hanya akan berlaku pada bulan Ogos 2008. Namun sekitar 48 jam selepas kenyataan itu diumumkan tiba-tiba kenaikan harga minyak telah berlangsung sehingga kenderaan berbaris panjang santak ke waktu selepas Isyak.

Amat menyedihkan terdapat pemilik kenderaan yang beragama Islam terlepas menunaikan fardu Maghrib. Ramai kalangan pemuka Islam yang sedih dengan situasi tersebut dan bagi sebahagian daripada rakyat menganggap itu adalah sebahagian daripada Rukun Islam Hadhari!

Sebab itulah barangkali awal-awal lagi negeri Selangor menolak Islam Hadhari. Kedah, Kelantan, Pulau Pinang juga rasanya sependapat dengan kerajaan negeri Selangor itu.

Perlu direnungi bahawa pembohongan menurut ajaran Islam yang sebenar dan bukan Islam Hadhari adalah sebahagian daripada sifat-sifat orang munafik selain mungkir janji, khianat dan sifat melampaui batas apabila berbalah atau bertengkar.
Khalayak sewajarnya mempertimbangkan dengan saksama sama ada hendak bersubhat dengan para pendusta atau menghindarinya. Juga hendaklah memikirkan sama ada kita sanggup mengunyah daging saudara sendiri dengan bersubhat dengan para penyebar fitnah.

Ingat Allah melihat apa yang kita laksanakan pada bila-bila masa sahaja. Tak tahulah jika ajaran Islam Hadhari itu menghalalkan segala tegahan Islam sejati. Berfikirlah.

No comments: