Thursday, September 11, 2008

PM TERKEJUT ATAU BUAT-BUAT TERKEJUT?


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan terkejut dengan kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Singapura yang mempersoalkan tarikh peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara seperti yang diputuskannya akan diadakan pada 2010.
Muhyiddin dilaporkan menggesa Abdullah supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh tersebut terlalu lama selain mendakwa pelan peralihan yang telah diumumkan dua bulan lalu itu kini telah `tenggelam' dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.

Sebenarnya rakyat sudah tidak hairan dengan terkejut Abdullah itu kerana dia tidakpun terkejut dengan keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) pada 8 Mac 2008 di mana Barisan Nasional (BN) kecundang di empat buah negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta tewas di semua kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan.

Kegagalannya menawan Kelantan juga tidak mengejutkannya sekalipun bukan kecil jumlah wang yang dicurahkan untuk tujuan tersebut dan perbelanjaan sehingga menjangkau jumlah RM 218 juta bagi melaksanakan PRU 12 itu juga tidak menjadi kudis kepada BN dan dia dikatakan bersedia mencabarnya di mahkamah.

Abdullah masih mendabik dada mengatakan BN masih utuh biarpun ribut sedang melanda dengan begitu teruk di kalangan parti-parti komponen serta ‘batang tubuh’ BN sendiri buat ‘lembu kenyang’ dengan pelbagai tekanan termasuk oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad.

Manakala rakyat pula lebih terkejut dengan kenaikan harga minyak pada awal Mei 2008 yang sekali gus mempengaruhi harga barang, sedangkan sebelum berlangsung PRU12, kerajaan yang diterajui oleh BN memberi jaminan harga minyak tidak akan dinaikkan.

Sebelumnya, Abdullah pernah berdusta bila ditanya oleh media berhubung dengan pembubaran parlimen bahkan sehingga ke saat pengumuman parlimen dia masih menafikannya. Semua pihak jangan rasa hairan kerana BERDUSTA adalah salah satu RUKUN ISLAM HADHARI di samping melakukan perkara-perkara mungkar yang lain dan bakal diperlihatkan oleh Imam Abdullah Ahmad Badawi.

Kenaikan harga minyak bukan sahaja menyebabkan rakyat di semua lapisan ‘menderita’, malah pemilik kenderaan berpusu-pusu mengambil giliran bagi mengisi tangki di semua stesen pam kerana selepas tengah malam 4.5.2008 (maaf jika tarikh itu kurang tepat) harga petrol dan deisel akan meningkat.

Keadaan sedemikian berlangsung sehingga menyebabkan kalangan pemilik kenderaan yang beragama Islam tidak dapat menunaikan solat fardhu Maghrib pada hari tersebut. Itu juga sebahagian daripada ajaran ISLAM HADHARI: MERINGAN-RINGANKAN SOLAT!

1 comment:

MARSLI N.O said...

Pak Halim: Saya datang membaca. Mohon maaf kerana reaksi Pak Halim tidak saya siarkan.

Wassalam.
MARSLI N.O