Wednesday, April 13, 2011


Seperti biasa, setiap pagi berjalan selama sekitar 30 atau 40 minit di hadapan ruma sehingga badan bermandi peluh dan baju menjadi basah.

Pagi tadi 13.4.2011 bejumpa reptilia entah kura-kura dari spesis apa. Cengkerangnya kekuningan manakala kepala dan anggota badannya yang dapat dilihat terdapat jalur-jalur berwarna hijau. Bahagian telinganya berwarna merah. Rupa fizikalnya seperti ‘tuntung’ yang terdapat di Sungai Perak juga terdapat di Bukit Pinang 14km dari bandar Alor Setar. Tapi aku yakin itu bukan tuntung kerana bentuknya bujur. Namun begitu ia berbeza benar dengan kura-kura yang pernah dilihat semasa aku tinggal di kampung dalam daerah Baling dalam tahun 1960-an sehingga awal 1970-an dahulu.

Reptilia tersebut sedang bermain-main dengan seekor kucing. Merasa tertarik dengan reptilia tersebut, lalu dibawa pulang untuk diambil foto.

Daripada kelakuannya didapati reptilia tersebut di dapati cerdik dan berusaha untuk melarikan diri. Agak sukar juga hendak menterbalikkannya kerana dia akan berusaha menahannya dengan kaki bila dirasakan badannya senget sewaktu kita hendak menterbalikkannya.

No comments: