Sunday, March 2, 2008

BENARKAH EKONOMI SUDAH MENINGKAT?

Kebelakangan ini terutamanya ketika tarikh pembuangan undi kian hampir, sebilangan pemimpin sering melaungkan kononnya ekonomi semakin meningkat.
Namun tercetus juga pertanyaan apakah ia benar?
Hakikatnya, indeks jenayah yang kelihatan peningkatannya yang ketara. Gejala sosial seperti menagih dadah, merempit, rogol, mencabul kehormatan dan sebagainya dilihat berlangsung dengan begitu berleluasa. Amat menyedihkan ialah ramai anak-anak Melayu yang terlibat.
Dalam pada itu kes penculikan juga masih tidak dapat ditangani sewajarnya. Manakala kemuliaan mahkamah pula meragukan.
Juga menyedihkan ialah terdapat beberapa individu yang diberkas lalu dipenjarakan di luar negara kerana dikatakan terlibat dengan sindiket pengedaran dadah secara yang tidak disengajakan! Mereka ini khabarnya terperangkap dengan tawaran pendapatan lumyan yang akan diterima menerusi iklan-iklan menerusi internet. Mereka ini adalah golongan terdesak akibat kemelesetan ekonomi dan inflasi yang berlangsung sejak 1997.
Sekadar renungan, dipertuturun kisah berikut yang wajar diketahui umum:
Secara ringkas dinyatakan KONSPIRASI DI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) iaitu sebuah Agensi Kementerian Kewangan yang menurut maklumat yang saya perolehi melibatkan seramai tidak kurang 40 orang di seluruh Malaysia termasuk saya.

Saya mula bertugas di BSN sejak tahun 1974 yang ketika itu dikenali sebagai Bank Simpanan Pejabat Pos sebelum diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 1.12.1974. Pada penghujung tahun 1976 saya telah dihantar bertuga di Alor Setar yang tugas utamanya ialah bagi menyampaikan maklumat ke seluruh Kedah dan Perlis meliputi kalangan pesawah, nelayan, pekebun kecil, pekerja kilang dan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah juga sebilangan penuntut di Maktab Perguruan serta Instusi Pengajian Tinggi (IPT).

Pada masa itu masih belum ada pejabat cawangan selain Pejabat Perhubungan dan Penerangan yang menyewa ruang pejabat di Tingkat Bawah Bangunan Lembaga Penanam-Penanam Padi di Jalan Tunku Ibrahim dan sebelum itu hanya menumpang di Pejabat Pengawal Pos Kedah/Perlis, Bangunan Zakat, Jalan Limbong Kapal, Alor Setar (hadapan Panggung Cathay). Oleh kerana urusan yang banyak sewaktu kami masih menumpang, terpaksalah urusan dijalankan di rumah Pengawai Penerangan BSN, Allahyarham Tuan Haji Ibrahim bin Ahmad di Rumah Pangsa Tongkang Yard, Alor Setar. Keadaan ini berlangsung beberapa ketika sehinggalah kami berpindah ke ruang pejabat yang disewa itu dan kadang-kadang bagi menyelesaikan kerja yang banyak dengan tenaga kerja hanya 4 orang sahaja terpaksalah kami selesaikan sehingga larut malam tanpa sebarang elaun lebih masa.

Akibat serangan strok (angin ahmar) pada 17.9.1999, sebahagian badan saya menjadi lumpuh dan terlantar di rumah selama lebih 5 bulan. Mulai penghujung Mac 2000 saya kembali bertugas sekalipun tidak berupaya menulis kecuali dengan mennggunakan komputer dan diwajibkan menjalani pemeriksaan di Hospital Alor Setar (HAS) dua bulan sekali di samping menjalani rawatan fisiotrapi di tempat yang sama setiap dua minggu sekali. Sewaktu bertugas saya dihantar oleh isteri yang bertugas sebagai guru.

Melalui makluman bertulis bertarikh 3 Julai 2007 saya telah digantung kerja dan TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI MEMASUKI PREMIS BANK TANPA KEBENARAN BERTULIS DARIPADA JABATAN SUMBER MANUSIA BSN. Surat tersebut juga mengarahkan saya menghadiri Perbicaraan Dalaman pada 20 Julai 2007 (Jumaat) yang saya hadiri serta mengikuti sepenuhnya perbicaraan yang dikendalikan oleh Pegawai Undang-Undang BSN, Encik Mohamad Kamal Hanafiah Abdul Karim selaku Pegawai Pendakwa.

Keputusan yang dibuat ialah pihak Pendakwa menyimpulkan bahawa saya TIDAK BERMINAT UNTUK BERTUGAS DI BSN setelah didapati prestasi tahunan untuk tempoh tiga (3) tahun berturut-turut iaitu 2004, 2005 dan 2006 tidak memuaskan. Jika diambilkira sejak 2004 Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi memegang potfolio Menteri Kewangan Satu!

Sehubungan dengan itu menurut surat bertarikh 8 Ogos 2007 yang ditandatangani oleh NORIZAN AHMAD TAJUDDIN (Timbalan Pengurus Besar BSN), saya telah ditamatkan perkhidmatan berkuatkuasa mulai 8 Ogos 2007 TANPA SEBARANG GANJARAN dan diminta menyerahkan semua harta benda milik Bank seperti Kad PMcare, Kad Kuasa dan lain-lain kepada PENGURUS (BSN) NEGERI SEMBILAN sebelum atau pada 14 Ogos 2007. Sehingga maklumat ini ditulis (1.3.2008) saya masih belum melaksanakannya kerana didapati ia tidak munasabah sebab saya tidak pernah bertugas di Negeri Sembilan. Manakala sebahagian daripada harta benda milik BSN ada di Pejabat BSN Alor Setar dan saya tidak mendapat kebenaran bertulis untuk memasukinya.

Hasil risikan saya, menurut khabar angin yang lazimnya akan jadi kenyataan, pihak Penurusan BSN sedang menjalankan tindakan bagi menyingkirkan seluruh kakitangannya yang berumur 40 tahun ke atas yang didapati bermasalah seperti sering mengambil cuti atas sebab-sebab kesihatan. Untuk makluman di Alor Setar termasuk saya seramai 6 orang yang diberhentikan tanpa ganjaran, sementara seorang daripadanya telah dipanggil bertugas semula. Ada di antaranya menghadapi masalah untuk menyekolahkan anak (MODAL INSAN) yang masih berada di sekolah rendah dan menengah. Apa yang sangat dikesalkan ialah segala tindakan yang dibuat itu berlangsung dengan SIKAP YANG AMAT BIADAP. Barangkali itulah konsep Islam Hadhari yang antara cirinya ialah dengan mengenepikan budaya MENGENANG BUDI sepert yang dialami oleh TUN DR MAHATHIR yang walaupun telah berkali-kali menyuarakan kebimbangannya berkaitan dengan Wilayah Pembangunan Iskandar tetapi tiada siapa yang mengendahkan. Paling memilukan ialah penolakkan anaknya Dato Mukhriz oleh penduduk Langkawi!

Khabarnya juga sebelum ini Pengurus Besar/CEO BSN, TAJJUDDIN ATAN, pernah mengemukakan kertas cadangan VSS kepada Kementerian Kewangan sebanyak dua (2) kali tetapi tidak dipersetujui oleh Menteri Kewangan Kedua Mamak Nor Mohamed Yakob yang selalu bercakap Inggeris kerana Bahasa Melayunya tidak fasih.

Sekian dahulu buat masa ini.

ABDUL HALIM YAACOB (019-4177317)




No comments: