Tuesday, March 4, 2008

PERANAN PEMBANGKANG AMAT PERLU.

Semalam 3 Mac 2008 penulis telah dihubungi oleh seorang kawan sekadar untuk berbual mengenai suasana politik di Malaysia setelah usia kemerdekaan kini mencapai angka 50 tahun.
Beliau yang juga merupakan salah seorang anggota parti pemerintah menyatakan peranan pembangkang ketika membahaskan sesuatu isu di parlimen adalah amat perlu.
Antara lain beliau menjelaskan gelagat beberapa orang Anggota Parlimen di kalangan penyokong kerajaan sangat memalukan sementelah ada di antaranya yang begitu cetek ilmu serta kurang pengetahuan berkaitan isu-isu semasa.
Salah satu contoh ialah berhubung dengan sikap mulut celupar yang mengatakan 'perempuan tiap bulan bocor' sehingga mereka terpaksa memohon maaf secara terbuka kepada warga faminin di seluruh Malaysia.
Sangat dikesalkan sikap tidak matang itu tidak menimbukan rasa kurang senang kalangan Anggota Parlimen wanita di kalangan penyokong kerajaan sedangkan perkara itu terang-terang berkait rapat dengan mereka.
Hal sedemikian sudah tentu dipaparkan oleh para penulis blog yang pernah dilabel sebagai goblok (bodoh/dungu) oleh seorang menteri kabinet sedikit masa lalu yang juga tidak memperlihatkan sikap matang di era langit terbuka dan dunia tanpa sempadan ini.
Justeru itu beliau amat bersetuju jika bekas imam, Datuk Taib Azammudin turut terpilih sebagai salah seorang Anggota Parlimen.
"Sekurang-kurangnya jika menziarahi jenazah beliau bukan sekadar menghulurkan derma seringgit dua, sebaliknya berupaya juga menjadi imam sembahyang jenazah," ujar beliau.

No comments: