UMNO Mesti Kembali Jadi 'Parti Kampung'KEPALA BATAS 20 April - UMNO mesti mengikis imej 'parti eksekutif' yang mula dikaitkan dengan parti itu, sebaliknya kembali menjadi 'parti kampung' dalam memperjuangkan isu-isu masyarakat bagi meraih semula sokongan setiap lapisan rakyat.Lagi: http://puteramalaysia.blogspot.com
posted by kudakepang at 3:06 AM on Apr 21, 2008
ULASAN
Parti kampung? Lawak apa ni? Mana ada orang kampung nak sokong UMNO dah? Ramai yang dah cerdik. UMNO sebenarnya milik kebanyakan orang yang tak berpelajaran. Diulangi yang tak berpelajaran. Lihat Exco di negeri-negeri yang dikuasai oleh PR kini. Ada peguam, ahli ekonomi, jurutera, pemilik ijazah dan lekeh-lekeh pun bekas guru tapi ada ijazah. Dulu ada Exco UMNO yang cuma ada SRP, ada Ahli Parlimen yang hanya ada SPM, bahasa Inggeris pun 'broken'.
Tupun jangan, bila ada pihak yang cadang supaya kembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu, bangkang, hentak-hentak meja. Kononnya Bahasa Melayu tak boleh pergi jauh, bukan boleh jadi bahasa antarabangsa.
Tapi kalau nak tahu Bahasa Melayu dituturkan oleh tidak kurang 300 juta orang di seluruh dunia. Di BFSU (nak tahu ini apa dan di mana kena cari maklumat) dan juga di Rusia dan Japan khabarnya mereka sedang bersungguh-sungguh buat kajian mengenai Bahasa Melayu. Sekarang ni ada seorang dan mungkin juga sebilangan warga Jepun sedang kaji Bahasa Melayu dan kesenian tradisi orang Melayu serta berupaya menggunakan Bahasa Melayu dengan begitu baik sekali.
Di Malaysia pula para pendokong UMNO bermati-matian berjuang nak menegakkan Bahasa Inggeris. Sayangnya lebih sedekad belajar di sekolah Bahasa Inggeris masih berterabur @ broken. Ada juga mereka yang bergelar mahasiswa tak boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
Ini bukan cakap kosong. Saya juga tak begitu baik penguasaan Bahasa Inggeris dalam penulisan kecuali untuk bertutur sikit-sikit. Dulu waktu jadi kakitangan sebuah bank ada pelajar datang buat praktikal. Bila saya terangkan dalam Bahasa Inggeris dia faham tapi tak boleh 'reply' dengan pertuturan, tapi nota dia dalam Bahasa Inggeris. Saya percaya kini dia sudah jadi pegawai di mana-mana.
Hairannya dulu Jepun berkuasa di Tanah Melayu tak sampai sedekad (1941 - 1945) orang Melayu boleh menguasai Bahasa Jepun. Ada yang boleh menyanyi lagu-lagu Jepun dengan baik. Tak terfikirkah nak kaji apa kaedah yang digunakan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment