‘‘UMNO masih kekal tunjang kekuatan Melayu,’’ itulah hujah Abdullah.
Jelas sekali Abdullah masih belum sedar dari lena yang menjadi tabiat semulajadinya sejak dahulu.
Ke mana suara veteran UMNO yang berpengalaman itu? Tidakkah mereka bermaksud mengejutkannya? Atau mereka takut terkena penangan kependekarannya?Tidak terfikirkah mereka untuk membawa UMNO kembali ke landasan perjuangan yang asal?
Tak usahlah kalangan tertentu berkokok bertalu-talu atau menyalak kuat-kuat berkaitan dengan perkara Karpal Singh yang dikata boleh menimbulkan kekacauan itu!
Sebenarnya ada lagi perkara lain yang patut dititikberatkan dan masih belum menemui jalan penyudah.
Antaranya:Kes keceluparan pihak yang mengeluarkan istilah biadap terhadap Sultan Terengganu.
Kes angkuh dan biadap Khairy menantu Paklah yang benyebabkan orang Melayu meluat kepada UMNO. Kemudian Dato Hishamudin pula dituding sebagai puncanya kerana dia menghunus dan megucup keris.
Kes pembaziran wang rakyat bagi membina jalan raya yang pernah saya ceritakan terdahulu.
Kes pembinaan 10 buah banglo RM40 juta dan mungkin lebih oleh mantan Exco Selangor serta banglo RM4 juta oleh mantan MB Kedah, Mahzir Khalid.
Kes pergolakan dalam UMNO yang kritikal.
Penulis juga adalah salah seorang AJK UMNO di satu cawangan dalam Bahagian Kuala Kedah tetapi semacam tidak dipedulikan. Mungkin ramai ahlinya tidak akan aktif selagi landasan UMNO tidak diperbetulkan.
Untuk makluman, rakyat di seluruh Kedah kini sebenarnya sedang berada di 'zon selesa' di bawah MB yang baru, Ustaz Azizan Abdul Razak yang didoakan bergelar Dato Julai 2008 akan datang iaitu sempena sambutan Jubli Emas baginda Sultan Kedah nanti.
Keberanian Kerajaan Negeri yang baru memberikan tiket percuma menyaksikan perlawanan bola sepak baru-baru ini biarpun hendak disensasikan oleh media arus perdana tidak menggoyahkan.
Kemasukan pelabur luar biarpun tiada laporan pihak media terutama arus perdana adalah sesuatu yang memberangsangkan.
Penulis hanya mendapat maklumat dari seseorang yang berpengaruh dalam kepimpinan UMNO tetapi tidak pula dinyatakan bahagian mana.
Seperkara lagi ialah berkaitan dengan kebimbangan kalangan badan-badan bukan kerajaan (NGO) khususnya penggiat seni budaya di Kedah terutama yang bukan Melayu.
Bagaimanapun kebimbangan tersebut telah dirungkai apabila Ahli Exco Kerajaan Negeri, Dr Haji Hamdan Mohamad Khalib menyeru agar diteruskan tanpa sekatan asalkan yang bersifat sopan dan positif pada satu majlis pertemuan di Auditorium Taman Budaya Negeri, Alor Setar pada 26.4.2008 lalu.
Laporan mengenainya tersiar dalam Siasah bilangan 0097 (11 - 17.5.2008).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment