Andai projek jambatan bengkok boleh dibatalkan mutahiL WPI tidak boleh dibatalkan.
Seperkara yang ingin penulis sentuh ialah berhubung pembaziran wang terutama oleh Jabatan Kerja Raya dan diharapkan perkara ini tidak berulang.
Pada musim hari raya yang lalu (2007) penulis balik ke kampung isteri saya di Lenggong, Perak.
Oleh kerana dikhabarkan jalan baru yang tidak melalui pekan Baling lebih dekat, maka penulis memasuki jalan baru yang melalui ataranya Iboi dan Tiak di Kupang, dalam daerah Baling.
Apa yang menyedihkan ialah penulis bertemu dengan hanya tidak lebih 10 buah kenderaan yang menggunakan laluan tersebut. Sedangkan di laluan lama yang juga digunakan oleh rakyat pantai timur yang bermastautin di pantai barat untuk pulang ke Kelantan dan Terengganu, tidak kurang 100 buah kenderaan saya temui.
Itu perjalanan di sebelah siang.
Penulis pasti jika di sebelah malam tentulah tiada kenderaan menggunakannya kerana ia sebahagian besarnya adalah kawasan rimba belentara yang sunyi lagi menakutkan.
Bagaimana jika berlaku kerosakan kenderaan? Kepada siapa pertolongan hendak dipinta?
Dalam fikiran penulis mencongak-congak kos yang digunakan bagi membina dan menyiapkannya tentulah memakan jumlah berjuta-juta ringgit apabila sebahagiannya terpaksa dibina jambatan dan tidak kurang juga yang dibina benteng konkrit di kiri dan kanan seperti bentuk longkang.
Pembinaan ini tentulah terpaksa dibuat bagi mengelakkan kenderaan terbabas dan masuk gaung.
Juga didapati tidak banyak kenderaan berat seperti bas dan lori menggunakannya.
Pada satu lokasi di tepi jalan tengah rimba penulis menemui sebuah motokar yang terlibat dalam kemalangan dan dijangka sudah agak lama ditinggalkan memandangkan ia sudah diselaputi tumbuhan liar yang menjalar.
Ketika berada di kampung, penulis agak terperanjat bila suami kepada salah seorang anak saudara isteri penulis yang juga berasal dari Baling dan tinggal serta bekerja di Pulau Pinang memberitahu bahawa jarak perjalanan di kedua-dua laluan iaitu di antara yang lama dengan yang baru itu sebenaranya tidak berbeza.
Dalam perbualan tersebut dalam hati penulis yang sedih kerana masih ada rakyat yang masih menderita akibat kemiskinan berkata HENTIKANLAH PEMBAZIRAN.
Sewaktu dalam perjalanan pulang ke Alor Setar, isteri penulis bersuara: "Alangkah baiknya jika peruntukan membina jalan yang tidak berfaedah itu digunakan untuk memperbaiki jalan lama."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment