SEORANG kenalan saya melahirkan rasa hairan kerana negara kita Malaysia mampu mengwujudkan usaha carigali minyak tetapi tidak berusaha untuk mengwujudkan kilang penapis minyak.
Akibatnya menurut beliau, bila pihak Amerika yang buat hal kita juga terpaksa menaikkan harga minyak dengan cukup tinggi dan tak dapat tidak akan mempengaruhi kenaikan harga barang. Ini akan mengakibatkan penderitaan yang bakal dipikul oleh semua peringkat anggota masyarakat.
"Bukan tiada di kalangan kita yang berkebolehan untuk merealisasikannya," ulas saya. "Ir Ramli menghasilkan fuel booster yang dipasarkan melalui Koperasi Bumiputra Malaysia Berhad yang berpusat di Alor Setar."
Saya turut menyatakan bahawa sebuah syarikat swasta pernah menawarkan kepadanya sejumlah peruntukan yang sangat lumayan bagi membiayai penghasilan produk tetapi beliau tidak bersetuju dan beliau sangat berharap agar pihak kerajaan mengambil inisiatif merealisasikannya. Namun sehingga kini tiada tawaran.
"Sukar diteka apakah agenda pihak pemerintah tidak mahu mengwujudkan sendiri usaha penapisan minyak agar kita tidak mengksport minyak mentah ke negara Amerika dan kemudian terpaksa membelinya pula. Pada hal kerajaan Malaysia khususnya Petronas juga terlibat dengan usaha carigali minyak di peringkat antarbangsa iaitu di Sudan," tambah kenalan saya itu.
Saya berasa lucu bila kerajaan menyeru agar kalangan profesional yang menjalankan aktiviti di luar negara pulang berkhidmat di Malaysia. Mahukah mereka balik ke negara yang rakyatnya sedang menuju ke arah kemiskinan? Sebenarnya ini bukan perkara baru kerana sebelum inipun pernah terdengar seruan yang sama. Andainya mereka pulang khidmat mereka belum tentu akan terjamin di Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment