Thursday, May 8, 2008

TIDAKKAH HATI RAKYAT TERLUKA DENGAN PEMBOHONGAN INI?

BARANGKALI soalan ini agak sensasi. Tak mengapalah.

Bagaimanapun sekalian rakyat wajar merenungi kenyataan berikut yang diperolehi daripada Harakahdaily.net:
Pihak polis mengesahkan tidak menemui sebarang bukti adanya mana-mana pihak yang telah membawa masuk dakwat penanda kuku untuk mensabotaj ketelusan perjalanan Pilihan Raya Umum ke-12 lalu. -->-->
Demikian pendedahan dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menerusi jawapan bertulis kepada soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) pada sidang Dewan Rakyat, Selasa (6 Mei) lalu.
Dalam soalannya, Fong ingin tahu hasil siasatan pihak polis ekoran pembatalan penggunaan tanda dakwat kuku semasa pilihan raya baru-baru ini. Jawapan Hamid Albar itu sekaligus mendedahkan bahawa alasan digunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membatalkan penggunaan dakwat itu adalah suatu pembohongan yang semata-mata berdasarkan andaian tidak berasas.
Tidak dinafikan bawa kebelakangan ini bukan sedikit pendustaan berlaku termasuk oleh kalangan pemimpin tertinggi parti.
Sekadar contoh ialah mengenai dakwaan negara akan bangkrap jika pembangkang mengambilalih teraju pemerintahan. Kadar ekonomi sudah meningkat, inflasi kian pulih, kadar kemiskinan sedang dikurangkan dan bermacam-macam lagi.
Akhbar tabloid yang berpengaruh serta turut berdiri serta di belakang pemerintah juga kini sedang giat mendedahkan kecacatan pentadbiran.
Persoalan harga beras juga meskipun ada usul untuk dibahaskan di parlimen ditangguhkan, sebaliknya perkara remeh temeh pula dihebohkan.
Apakah isu harga beras yang meningkat sementara harga padi tetap di takuk lama KES TERPENCIL?

No comments: