Wednesday, September 24, 2008

DUSTA MEMBUDAYA DI ALAF 21






Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek merlahirkan rasa hairan kerana rakyat masih percaya pembohongan seperti yang tersiar di Utusan Malaysia dan ia boleh dibaca di laman http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0924&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm . Sehari kemudian, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan warga kementeriannya supaya jangan mudah mendengar khabar angin kerana ia juga sejenis pembohongan dan jarang menjadi realiti seperti laporan akhbar yang sama.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0925&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_09.htm.
Sebenarnya ia bukanlah perkara yang menghairankan kerana bohong atau dusta sebenarnya adalah budaya alaf 21 yang dilakukan oleh sesiapa sahaja kecuali jika seseorang itu takut untuk menjadikannya sebahagian sifat orang-orang munafik.
Mengikut hadis sahih Rasulullah pernah melahirkan rasa bimbang menerusi sebuah hadis yang lebih kurang bermaksud: Sifat orang munafik itu ada tiga; apabila bercakap dia dusta (bohong), apabila berjanji dia mungkir dan apabila diberi amanah dia khianat. Sekiranya ketiga sifat tersebut diamalkan, maka jadilah dia munafik sejati sehingga ditinggalkan semuanya. Dan jika salah satu daripadanya masih ada padanya, dia memiliki sebahagian daripada sifat-sifat orang munafik sehinggalah ditinggalkannya. Ada juga hadis yang menyatakan satu perkara lagi ialah apabila berbalah, dia melampaui batas; hendak menagang.

Di luar daripada maksud menghukum sesiapa, orang ramai wajar sekali merenungi beberapa perkara yang blangsung beberapa waktu mutakhir ini. Ia diawali dengan perkara janji kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol dan diesel selepas Pilihan Raya Umum 12 (PRU12) tetapi ternyata janji itu telah dikhianati di awal Jun 2008 (dua bulan lebih selepas PRU12). Pendustaan terbesar juga berlaku menjelang tarikh pembubaran parlimen, bahkan beberapa jam sebelum ia dibubarkan, masih berlangsung pendustaan yang sama. Kenaikan harga petrol dan diesel yang juga turut mempengaruhi kenaikan harga barang keperluan serupa. Mengikut kenyataan kementerian bertanggungjawab seperti dijelaskan oleh menteri terbabit pelarasan harga akan dilakukan pada bulan Ogos 2008.

Itu adalah sebahagian yang nyata sedang berlaku dan mungkin banyak lagi yang bakal berlaku.

No comments: