Saturday, October 11, 2008

WARTAWAN AKHBAR ARUS PERDANA DITEGUR



WARTAWAN AKHBAR ARUS PERDANA DITEGUR.


Ahli Parlimen Seputeh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara dan Exco Kerajaan Selangor, Teresa Kok dikatakan menyaman akbar arus perdana berjumlah RM30 juta.

tokoh wartawan vateran, Said Zahari segera memberi respons berkaitan perkara tersebut dengan menyatakan, wartawan tulen tidak akan menulis artikel sebagaimana yang disiarkan iaitu dilihat bermotif politk untuk mempertahankan sesuatu pihak.

Mengimbas ke masa silam, beliau pernah membantah keras bila sebuah akhbar arus perdana hendak dijadikan lidah resmi sebuah parti politik dan lantaran tidak bersetuju dengan polisi berkenaan lantas meninggalkan kerusi miliknya biarpun kedudukannya di situ agak selesa.

Beberapa ketika kebelakangan ini kandungan akhbar arus perdana dilihat sebagai alat kempen politik. Begitu juga media elektronik iaitu radio dan televisyen. Tidak mustahillah khalayak beralih kepada media alternatif iaitu internet di samping media cetak tabloid yang dilihat membawa paparan yang lebih menarik dan terkini.

Sewaktu berada di kedai menjual akhbar, saya terkesan akan hal ini apabila sebilangan pelanggan yang datang tanpa mengira usia sama ada golongan muda atau warga emas dan mereka yang berada pada usia pertengahan mencari akhbar tabloid. Mereka hanya membelek akhbar arus perdana bagi melihat kandungannya secara sepintas lalu sahaja selain menumpukan perhatian pada ruangan iklan.

Tidak hairanlah edaran akhbar tabloid terutama yang menyentuh perkembangan politik kian meningkat edarannya berbanding dengan akhbar arus perdana yang melakukan pelbagai rancangan bagi menyainginya termasuk peraduan yang menjanjikan hadiah lumayan. Oleh yang demikian, khalayak melanggannya bukan bagi maksud mengikuti bahan siarannya, tetapi adalah kerana untuk menyertai peraduan semata-mata.



No comments: