Monday, December 8, 2008

Memancing dan menang hadiah tanpa risiko




Seperti tidak percaya bahawa di kawasan Rancangan Tanah Persekutuan (FELDA) Bersia dalam daerah Gerik rupanya ada kolam memancing. Lokasinya yang agak jauh dari sungai berarus deras menghindarkan risiko andai pemancing membawa anak-anak yang nakal dan aktif.




Sekiranya rasa lapar atau dahaga dan jika pemancing tidak bawa bekalan, boleh juga membasahkan tekak dan mengisi perut di warung berhampiran.

Setakat ini, pemancing paling jauh datang dari Jeli Kelantan, Alor Setar dan Perlis.
Bukan sahaja menyeronokkan bagi kaki-kaki pancing. Pemancing juga berpeluang memenangi hadiah!



Umpan?



Anda TIDAK PERLU MEMBAWANYA! Umpannya boleh dibeli di tepi kolam.



Joran?



Kenalah bawa bersama. Takkan nak pergi memancing tak bawa joran. Bukankah itu alat utama? Berapa batangpun tak kisahlah asal lengkap sebagai joran.



Ada hadiah?



Wow!! Ni yang best ni. Hadiah lumayan boleh dimenangi pada bila-bila masa saja.



Syaratnya?



Ehh.... banyak soal pula.
Telefonlah 013-5937754 (Cikgu Rodiah/Wahab).

1 comment:

Unknown said...

Saya secara tak sengaja melayari blog sdr ini yg diperolehi melalui Siasah. Saya sedih membaca pengalaman perit sdr dlm blog Bangkit Semula. Diharap sdr tabah mengahadapi ranjau kehidupan ini.

Berbanding sdr yg telah agak lama di alam siber, saya pula baru membina blog ini dalam seminggu ini. Ada 2 blog saya : blog pertama mengenai isu semasa dan blog kedua yang lebih peribadi. Jika ada masa, jemputlah ke blog saya yg tidak sepertinya itu.