JIKA BUKAN DISKRIMINASI APA?
Pada 2.4.2008 Menteri Pelancongan, YB Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pembatalan MoU dengan 5 negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat akan diteruskan kerana berbeza aliran politik. Negeri-negeri yang berkenaan ialah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Ketika berlangsung sidang Dewan Rakyat, Perdana Menteri, YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tindakan tersebut bukanlah diskriminasi terhadap kelima-lima negeri terbabit.
"Saya sudah beri jaminan kerajaan Pusat tetap salurkan peruntukan kepada lima negeri berkenaan walaupun MoU itu dibatalkan.
Kerajaan Pusat juga sedia menerima sebarang cadangan daripada negeri berkenaan untuk memajukan semua kegiatan pelancongan yang dirancang," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di Dewan Rakyat, yang mahu tahu sama ada beliau akan mengarahkan Azalina menarik balik keputusan itu.
Jika bukan diskriminasi apa pula?
Sebaiknya kalangan menteri pusat jangan perbodohkan rakyat dengan mengulangi ungkapan yang tidak munasabah. Rakyat biarpun berada di ceruk-ceruk desa kini sudah celik dengan tindakan licik sebilangan pemimpin atas.
Penulis tinggal di Kedah dapat merasakan hal itu bukan dalam era sekarang, malah ketika BN berkuasa juga demikian.
Tahun 2008 telah diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Kedah (TMK). Malangnya satu kenyataan sama ada berbentuk poster, banner atau bunting tidak kelihatn. Apa lagilah billboard yang besar-besar. Keadaan ini seperti menafikan kewujudan beberapa bahan tarikan pelancongan di Kedah.
Organisasi seni budaya pula meskipun sentiasa bersedia untuk mengetengahkan produk ke arah memajukan industri pelancongan merasa mereka terabai. Media arus perdana langsung tidak memberi perhatian dan lebih mendukacitakan ialah saiz ruangan sastera dan budaya telah menguncup kerana dikatakan tidak membawa keuntungan material.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment