Saturday, August 2, 2008

RASUAH - EZAM ADA PERANAN!



DI ANTARA alasan yang diberikan oleh bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk menyertai UMNO semula ialah kerana dia merasa tertarik dengan agenda Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membanteras rasuah.

Berkaitan dengan alasan tersebut, memang kena pada masanya kini bila mutakhir ini bukan sedikit kes yang timbul terutama yang berprofil tinggi.

Akhbar dalam talian, Harakahdaily umpamanya melaporkan maklumat seperti petikan berikut

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Badan Pencegah Rasuah (BPR) digesa menyiasat satu kes salah laku perbelanjaan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk pilihan raya umum ke-12 lalu.

Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Robert Phang Miow Sin berkata pihaknya telah menerima satu laporan mengenai salah guna peruntukan kewangan dan kuasa oleh PDRM untuk tujuan kegunaan pilihan raya umum.

"Ia mengandungi enam kesalahan serius termasuk RM98 juta kos yang diperuntukkan pihak kerajaan kepada PDRM," katanya dalam satu sidang media di Pejabat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, semalam.

Difahamkan, pihaknya telah menerima satu sampul surat berisi lima keping surat yang dialamatkan kepada yayasan tersebut untuk diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar; Pengerusi BPR, Dato' Panglima Ahmad; Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Abdul Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan beliau sendiri.

"Pengirim maklumat ini menyatakan bahawa antara kesalahan besar pihak PDRM adalah gagal mematuhi Standard Operative Procedure (SOP) dalam menggunakan peruntukan kuasa dan kewangan," katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa pihaknya sekadar bertindak untuk menyampaikan maklumat tersebut kepada pihak yang sepatutnya dan tidak bermaksud untuk terus menuduh pihak PDRM berdasarkan laporan tersebut.

"Saya tidak berniat untuk memusnahkan karektor mana-mana individu apatah lagi apa yang saya lakukan hanya untuk menyerahkan kesemua surat dan laporan ini kepada BPR untuk siasatan selanjutnya," ujarnya.

Jelasnya, pihaknya terkejut dengan perbuatan korupsi yang kemungkinan berlaku di bawah Jabatan Logistik PDRM yang digunakan sebelum dan semasa pilihan raya umum.

Apa yang penting katanya, kini terdapat pihak tertentu yang meragui integriti dan kewibawaan agensi polis.

"Mereka sudah tidak percaya kepada agensi polis," katanya lagi.

Sementara itu, bekas Presiden Transparency International Malaysia,Tunku Aziz juga menjelaskan apa yang penting adalah pihak yang didakwa dalam laporan tersebut agar mengemukakan penjelasan mengenai tuduhan tersebut.

"Saya tidak mengatakan semua polis jahat, mengamalkan korupsi, makan suap dan sebagainya.
"Tetapi pihak polis perlu memberi penjelasan mengenai tindakan Jabatan Logistik yang tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerana ia mengakibatkan kemungkinan terjadinya penyelewengan dalam sebarang urusan," ujarnya lagi.
Walau bagaimanapun, pihaknya dijangka menghantar laporan terbabit kepada BPR pada hari ini.

"Saya sekadar menyampaikan pesanan kepada pihak yang berkuasa untuk menyiasat apa jua yang telah berlaku," katanya.
Beliau turut menegaskan semua pihak perlulah mematuhi prosedur yang telah ditetapkan bagi mengelakkan timbul pertikaian dalam urusan kelak.

"Yang menghairankan saya ialah siapa yang buat SOP ini dan kenapa ianya tidak dipatuhi?" ujarnya lagi.

Oleh yang demikian, Ezam dilihat sebagai cukup berperanan dalam UMNO bagi tujuan itu!

Tambahan pula bekas bosnya baru saja menemukakan laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkaitan dengan tingkah laku Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dan Peguam Negara, Abdul Ghani Patail.

Mungkinkah ini juga termasuk dalam fail yang pernah dikatakan sebanyak enam kotak dulu itu?

2 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

awwak nie blok banyak tapi gambar tak ada. penipu ke penakut.

anwar pun bukan macam awak. belakangpun dia buat

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

kat sini ramai penyangak yang penakut. ada tiada gambar atau tiada blog sendiri.berani mengutuk tapi tidak berani mendedahkan identiti sendiri.

kenapa? adakah kamu semua pondan IT? abe MIE cabar kamu, letak gambar, lepas tu hina orang..betul tak? kalau penakut buktinya kamu SEORANG PONDAN.